Rencana 05 Aug, 2020

Bersatulah UMNO, PAS, BERSATU! Buanglah ego, terimalah Islam

Share this
MELIHAT pertelingkahan antara UMNO dan BERSATU, termasuk juga PAS, saya menjadi ngeri, apakah masih ada masa depan untuk agama Islam berdaulat di bumi Jawi ini. Pengajaran demi pengajaran telah Allah SWT tunjukkan, tetapi nampaknya ramai yang masih alpa. Sampai bila? : OLEH PROF DR MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH

Kredit foto: FB Media PAS Johor


MELIHAT pertelingkahan antara UMNO dan BERSATU, termasuk juga PAS, saya menjadi ngeri, apakah masih ada masa depan untuk agama Islam berdaulat di bumi Jawi ini. 

Pengajaran demi pengajaran telah Allah SWT tunjukkan, tetapi nampaknya ramai yang masih alpa. Sampai bila?

Inilah akibatnya, apabila parti meletakkan kuasa di hadapan. Perkara ini bukan sahaja berlaku dalam bidang politik, tetapi boleh dikatakan dalam semua bidang. Tidak ketinggalan, institusi pengajian tinggi. Mereka akan lakukan apa sahaja, untuk kekal berkuasa.

Sepatutnya, dalam semua perkara, Islamlah yang patut diletakkan di hadapan, kemudian diikuti dengan yang lain-lain. Dengan Islam, kita menjadi mulia.

Hassan al-Banna (2003), Himpunan Risalah Hasan al-Banna atau Majmuu’ah Ar-Rasaail, menyentuh soal Qaumiyyah al-Majd bermaksud, berasa mulia dengan keturunan dalam perkara baik dan berakhlak. Istilah ini mungkin nampak baharu, tetapi sebenarnya sudah diketahui umum.

Menurut Hassan Al-Banna (2003), nasionalisme yang dimaksudkan oleh mereka yang berbangga dengan semangat nasionalisme ialah generasi mutakhir perlu menurut jejak generasi silam dalam membina hidup gemilang, dihormati, cemerlang, berkeyakinan tinggi dan menjadikan mereka sebagai contoh yang baik. Jika nasionalisme yang dimaksudkan ialah kegemilangan seorang bapa menjadi kebanggaan seorang anak lantaran itu menjadikan pembakar semangat dan perangsang.


Bangsa Melayu telah dianugerahkan dan dimuliakan oleh Allah SWT dengan agama Islam. Dengan Islam sebagai pegangan dan anutan, Melayu mesti ada berasa mulia dengan agama tersebut dan berusaha untuk mempertahankannya Sebagai mana pesan Hasan Al-Banna (2003), jika bangsa Arab terhina, hinalah Islam. Begitu juga dengan bangsa Melayu, jika bangsa Melayu terhina, hinalah Islam.

Apa jadi, jika dunia tanpa Islam, Arab tanpa Islam, Melayu tanpa Islam. Sila baca buku, A World Without Islam, oleh Graham E. Fuller.

Buku ini turut diulas oleh penulis terkenal bukan Islam, John L. Esposito, yang juga menulis buku berkaitan Islam, The Future of Islam. Dalam kata lain, Islam sentiasa menjadi perhatian semua pihak.

Masalahnya, mereka yang berada dalam Islam, tidak nampak kemuliaan itu. Mereka hanya tahu bersengketa. Bersengketa tidak pernah reda. Kita menjadi takut, sampai bila.

Pendek kata, Melayu dimuliakan oleh Allah SWT dengan Islam. Tanpa Islam, siapakah Melayu? Melayu akan kekal dengan agama, Buddha, Hindu dan anamisme.

Ketika British memperkenalkan Malayan Union 1946, apa yang menyatukan Melayu, jika bukan semangat Melayu-Islam? Melayu-Islam berpisah tiada.

Hari ini, sekali lagi Melayu-Islam diuji. Kita terus hidup dalam nafsi-nafsi.

Justeru, saya merayu kepada umat Islam, tetutamanya UMNO, PAS dan BERSATU. Carilah jalan untuk bersatu. Bincanglah dengan baik-baik soal pembahagian kerusi. Musuh-musuh Islam merancang untuk berjaya. Kita merancang untuk gagal. Agenda kuasa mengatasi segala. Semua kerusi mahu dibolot. Bagi menentukan kesinambungan kuasa.

Tidak langsung difikirkan, apakah akan terjadi pada negara tanah Jawi ini, jika terlepas kuasa. Bagaimana dengan anak cucu cicit kita. Bangunlah anak bangsa. Masa tidak menunggu kita. Kata-kata ini mungkin sinis, tetapi semua itu tidak mustahil.

Buktinya, lihatlah betapa ganasnya negara China, menuntut haknya di perairan Laut China Selatan (Lautan Melayu Raya), sehingga Malaysia terpaksa menghantar nota ‘bantahan keras’.

Kredit foto: Media Pas Johor


Tidak ada cara lain hari ini, melainkan;

Pertama, sahut seruan Allah SWT, berpegang teguh kepada tali Allah, jangan berpecah-belah. Tali apakah maksud ayat ini kalau bukan, agama Allah SWT Rujuklah al- Quran dan hadis apabila sudah tenggelam punca.

Kita ada hak sesama kita. Kita guna tema COVID19, kita jaga kita. Tetapi adakah semua itu bena belaka.

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw bersabda : ”Hak seorang muslim terhadap sesama muslim itu ada enam: (1) jika Anda bertemu dengannya maka ucapkanlah salam atasnya, (2) jika dia mengundang Anda maka penuhilah undangnnya, (3) jika dia meminta nasihat kepada Anda maka berilah nasihat padanya, (4) jika dia bersin dan mengucapkan Alhamdulillah maka doakanlah dengan yarhamukallah, (5) jika dia sakit maka jenguk (besuk) lah, dan (6) jika dia meninggal dunia maka antarkanlah jenazahnya.” ( H.R. Muslim).

Dalam hadis lain Nabi bersabda, “Perumpamaan kaum mukminin dalam cinta-mencintai, sayang-menyayangi dan bahu-membahu, bagaikan satu badan/ibarat satu tubuh. Jika salah satu anggota tubuhnya sakit, maka seluruh anggota tubuhnya yang lain ikut merasakan sakit juga, dengan tidak dapat tidur dan demam“

Kini, PAS berada dalam Muafakat Nasional (MN). PAS mungkin boleh menjadi moderator antara UMNO dan BERSATU. Persoalannya, pula berapa pula kerusi yang PAS mahu.

Jika begitu keadaannya, PAS mungkin tidak sesuai menjadi moderator. Carilah orang lain yang lebih berwibawa.

Kedua, persoalannya, kenapa terlalu sukar untuk berpegang kepada ajaran Islam ini. Jawapannya, ego. Sembelihlah berpuluh ekor lembu sekalipun ketika korban, jika ego masih tinggi, tiada ada ertinya korban itu.

Sempena Hari Raya Korban ini, saya merayu, korbankanlah ego masing-masing. Ingat, adil itu bukan bermaksud, memberikan kerusi sama banyak. Tetapi maksud adil, meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Misalnya, daripada segi bilangan kerusi dan senioriti, sudah tentu UMNO lebih layak untuk mendapat lebih banyak, diikuti dengan PAS dan BERSATU.

Jika BERSATU menuntut lebih daripada sepatutnya, sudah tentu tidak berlaku adil dengan yang lain, yang lebih senior dan berpengaruh.

BERSATU perlu sedar bahawa ia adalah parti baharu. Pengikut masih belum ramai. Begitu juga dengan kekuatan pengikut dan pekerjanya. Logiknya, BERSATU tidaklah boleh menuntut lebih daripada apa yang diperolehi oleh parti-parti abangnya. Realiti tidak berlaku sebegitu.

Ego ini mesti diturunkan, baharu korban itu membawa erti. Jika tidak, setiap tahun korban, seolah-olah macam sia-sia sahaja.

Ketiga, ketiga-tiga parti ini semua parti Melayu Islam. Apa masalahnya. Sepatutnya tidak ada masalah. Tetapi sengaja mencari masalah. Masalah terus menjadi masalah. Islam tidak menyatukan kita.

Pepatah Cina ada menyebut, perjalanan beribu-ribu langkah tidak akan berlaku jika tidak dimulakan dengan langkah pertama. Langkah pertama hendaklah diadakan segera kerana kita sudah tidak mempunyai banyak masa. Hari ini perlu lebih baik daripada semalam. Esok mesti lebih baik daripada hari ini. Masa depan negara tercinta ini terletak di tangan kita semua.

Beritahu saya, saya akan lupa. Tunjukkan pada saya, saya mungkin ingat. Libatkan saya, saya akan faham. Beritahu sudah, tunjukpun sudah. Marilah kita mengorak langkah untuk melibatkan diri secara langsung. Buanglah ego jauh-jauh. Masukkan Islam dalam diri. Mudah-mudahan, ego akan tertunduk dengan Islamnya diri kita.


PROF DR MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH

Pensyarah dan penganalisis politik

https://www.facebook.com/ridhuantee 

0
0
1
0
0
You will be interested

Sistem “ballot”: Membuat perubahan dan inovasi pilihan raya

Calon DUN dalam setiap negeri akan melalui sistem Ballot dalam negeri dan Calon Parlimen akan melalui sistem Ballot untuk peluang bertanding di seluruh negera

Editor UtusanPress in Rencana 4 years ago

Antara tanah rizab Melayu, tanah Musang King: Siapa menang??

TANAH rizab Melayu yang HALAL semakin hilang dan berkurang. Manakala tanah HARAM musang king, tidak berkurang, makin bertambah dan berleluasa. Apa dah jadi?
Editor UtusanPress in Rencana 4 years ago

Perihal Melayu: Kalau ada yang bertanya, inilah jawapannya!

Bangsanya melaut ramai asalkan Islam berbudaya Melayu; Agamanya tegar Islam, tiada yang selain dan selayaknya; Negaranya Malaya, membentuk persekutuan Malaysia
Editor UtusanPress in Rencana 4 years ago

Tulisan Jawi, bendera terbalik: Satu provokasi disengajakan?

Dari bendera Malaysia yang dipasang terbalik hingga ke tulisan Jawi, sukar untuk menolak bahawa semua perbuatan tersebut adalah satu provokasi yang disengajakan
Editor UtusanPress in Rencana 4 years ago

Pribumi bangkit: Ayuh kita bina persepakatan "Melayu Raya"

Dua keputusan yang melambangkan komitmen serius untuk kekalkan persepakatan "Melayu Raya" iaitu keputusan PAS menyertai PN dan keputusan BERSATU menyertai MN
Editor UtusanPress in Rencana 4 years ago