Apabila ahli akademik lebih mirip mencandukan akademik demi kepentingan pihak yang pada prinsipnya "betul" tetapi tidak semestinya "betul pada realiti". Prof Jomo pernah mengatakan apa perlunya ECRL jika kita boleh "terbang" ke Pantai Timur. Jika terlalu mahal kos ECRL mengapa tidak diupgrage saja laluan KTMB. Perspektif beliau agak kuno kerana beranggapan ECRL hanya utk penumpang saja. : OLEH MEGAT HISEMUDIN MEGAT KASIM
Apabila ahli akademik lebih mirip mencandukan akademik demi kepentingan pihak yang pada prinsipnya "betul" tetapi tidak semestinya "betul pada realiti".
Prof Jomo pernah mengatakan apa perlunya ECRL jika kita boleh "terbang" ke Pantai Timur. Jika terlalu mahal kos ECRL mengapa tidak diupgrage saja laluan KTMB.
Perspektif beliau agak kuno kerana beranggapan ECRL hanya utk penumpang saja. Maka seorang ekonomis akan melihat dari return on investment (ROI) daripada kutipan pengangkutan penumpang, manakan projek ini berdaya maju. Namun sebenarnya realiti tidak begitu.
Anggapan beliau dengan kos pelaburan yang "tidak berbaloi" itu hanya satu muslihat untuk pemimpin parti politik untuk menutup skandal 1MDB. Ini bertitik-tolak daripada pemimpin PH yang melantik beliau sebagai penasihat kerajaan.
Tak perlu kita jadi ahli ekonomi dan seorang profesor di menara gading bagi menempelak hujahan Prof Jomo.
Pertama, ECRL sebagai laluan utama untuk pembangunan Pantai Timur. Kerana sekarang ini pembangunan antara Pantai Barat dan Pantai Timur tidak seimbang disebabkan halangan utama Banjaran Titiwangsa.
ECRL dibangunkan dengan tujuan nisbah 30 peratus utk penumpang dan 70 peratus untuk kargo.
Prof Jomo tidak melihat dari sudut pembangunan yang seimbang antara Pantai Barat dgn Pantai Timur. Dengan penumpuan 70 peratus untuk kargo bermakna ROI dlm pembangunan ECRL adalah lebih banyak disumbangkan dari sektor logistik dan bukan dari penumpang.
Mungkin Prof Jomo beranggapan yg ECRL hanya dibuat untuk tujuan penumpang saja agaknya yang memungkinkan harga tiket melambung tinggi melebihi harga tiket kapal terbang. Namun beliau tidak berfikiran seperti DS Najib yg mahu "merakyatkan" kos pengangkutan itu untuk kegunaan rakyat terbanyak.
Dengan tujuan utama jajaran Kuantan - Pelabuhan Klang sebagai memendekkan laluan kargo yg biasanya melalui perairan Singapura dan Selat Melaka untukl sampai ke Pelabuhan Klang.
Ia juga merancakkan pembangunan Koridor Pantai Timur dgn Pelabuhan Kuantan sebagai hab eksport.
Kedua, Prof Jomo mengatakan mengapa tidak upgrade saja laluan KTMB.
Kita tahu ahli ekonomi mungkin memikirkan jajaran atas kertas tetapi tidak kepada sudut kejuruteraan kereta api dan laluan dalam kejuruteraan awam.
Laluan KTMB melalui kecerunan yg pelbagai ke Pantai Timur kerana ia menggunakan lokomotif diesel. Track atau landasan adalah dengam kelebaran 1 meter atau dlm terma kejuruteraan ialah metre gauge.
Disebabkan kelajuan lokomotif diesel adalah lebih perlahan maka horizontal curve atau lengkuk mendatar boleh pendek saja. Manakala vertical profile atau kecerunan boleh melebihi 1.5 peratus.
Buat masa ini pertembungan antara laluan Pantai Barat dan Pantai Timur bertemu di Gemas, Negeri Sembilan.
Prof Jomo tidak melihat kepada keperluan sebuah kereta api laju yang dikuasakan dengan elektrik memerlukan landasan yang lebih besar. Selalunya ia menggunakan landasan standard gauge iaitu 1435 mm atau 1.435 meter. Sedangkan landasan KTMB menggunakan metre gauge yg lebih kecil.
Dengan kelajuan yg tinggi sebuah kereta api laju memerlukan jajaran mendatar yg lebih lurus dan kecerunan di bawah 1.5 peratus. Sedangkan laluan KTMB sedia ada tidak memenuhi spesifikasi itu.
Adalah tidak ekonomik utk melalui Gemas jika sesuatu kontena diangkut dari Pelabuhan Klang ke Pelabuhan Kuantan. Selain perjalanan yg panjang dan masa yg diambil juga semakin lama.
Jadi setiap hujahan Prof Jomo dapat dipatahkan. Sebab itulah saya katakan apabila ahli akademik menggunakan hujahan yang berada di luar pengetahuan mereka demi memenuhi kelompok tertentu boleh dikatakan sebagai mencandukan akademik sahaja.
MEGAT HISEMUDIN MEGAT KASIM
Pemain media sosial
https://www.facebook.com/hisemudin