Rencana 21 Jul, 2020

Nasib Najib dan Trump? Dalam era New World Information Order

@editor 1
Editor Satu di KitaReporters >> Boleh emel kepada [email protected] & Editor Satu di UtusanPress >> Boleh emel kepada [email protected]

Share this
Sebagai pengkaji sains informasi, komunikasi dan gelagat manusia saya banyak juga menghabiskan masa meneliti kandungan media (content analysis) secara rambang terhadap layanan media kepada pemimpin. Satu ketika dahulu sebelum pilihanraya PRU14 saya meneliti kandungan media baik elektronik, cetak, internet dan media sosial tentang pemimpin negara kita iaitu Dato Seri Najib Razak. : AHMAD KAMIL MOHAMED


Sebagai pengkaji sains informasi, komunikasi dan gelagat manusia saya banyak juga menghabiskan masa meneliti kandungan media (content analysis) secara rambang terhadap layanan media kepada pemimpin. 

Satu ketika dahulu sebelum pilihanraya PRU14 saya meneliti kandungan media baik elektronik, cetak, internet dan media sosial tentang pemimpin negara kita iaitu Dato Seri Najib Razak.

Secara ringkasnya kandungan media mencorakkan imej beliau dengan pelbagai tuduhan yang jelek seperti pemimpin kleptokrat, pencuri, pemboros, pelingkup ekonomi negara dengan memperbanyakan hutang, pengupah bunuh, penganiaya rakyat dan perasuah. Sehingga beliau dan parti pemerintahannya tumbang pada PRU14.

Saya mempunyai pandangan saya tersendiri tentang beliau sebab saya pengkaji dan tidak mudah termakan dan terpengaruh atas kata-kata majoriti atau ledakan maklumat “mainstream.” Saya seorang pencari kebenaran dan mempunyai kaedah verifikasi maklumat yang sangat teliti berdasarkan sistem ayatullah dan sunnahtullah iaitu berasaskan ilmu komunikasi dan gelagat manusia.

Saya juga terlibat dengan think tank negara ketika itu dan pernah menjadi panel perunding makmal pembangunan industri di peringkat nasional. Jadi tugas kami adalah mencari fakta dan rekod yang benar.

Untuk perbincangan ini saya ketepikan hal peribadi beliau sepertimana yang dituduh dan difitnah oleh kebanyakan media. Saya hanya menumpukan perhatian kepada prestasi beliau kepada pembangunan sosio-ekonomi negara dengan matlamatnya untuk menjadi Malaysia negara berpendapatan tinggi.

Banyak yang tidak tahu jika diamati data-data statistik dan laporan “almanac” dunia Malaysia melonjak dalam pelbagai faktor perkembangan ekonomi di bawah pemerintahannya antaranya GNI, GDP, peningkatan nilai eksport, per capita income, poverty ratio, high and low income difference ratio, defisit kewangan negara, hutang negara, pencapaian bursa saham. Malah Malaysia dijangka menjadi negara “top 30 world economic power by 2025.”

Tapi Najib dan parti pemerintahannya diserang pelbagai kenyataan negatif oleh media terutama kes 1MDB. Jadi beliau dan kerajaannya telah tumbang.

Hukum Fitnah

Saya pernah menulis apabila wujud pertuduhan berat seperti beliau dituduh merompak wang RM42 bilion oleh Tun Mahathir satu ketika dahulu  atau kenyataan Lim Kit Siang bahawa negara menuju bankrupsi maka kesemua mereka itu perlu diadili oleh mahkamah Agung kerana ia merupakan kenyataan-kenyataan serius melibatkan imej dan martabat negara. Jika DS Najib disahkan mencuri RM42 bilion maka beliau perlu dihukum tapi jika kenyataan itu tidak benar maka Tun Mahathir pula dihukum. Begitu juga Lim Kit Siang dan lain-lain jika betul negara nak bankrup hasil perbuatan pemimpin negara maka pemimpin itu perlu dihukum tetapi jika kenyataan itu palsu berbau fitnah maka penuduh perlu dihukum. Jika hukum gantung terlalu keras maka hukuman 15 tahun penjara sudah cukup untuk menjadikan mereka orang-orang yang perlu bertanggungjawab terhadap keutuhan dan keharmonian negara.

Tetapi malangnya pemimpin dan masyarakat Malaysia belum matang dan pandai bernegara secara bijaksana dan bermaruah.

Cuma saya ingin sentuh di sini bahawa pemimpin begitu mudah dijatuhkan dan negara diporak-perandakan melalui sogokan informasi negatif yang berupa tuduhan, tohmahan, fake news dan fitnah yang dilakukan oleh individu dan kelompok yang mempunyai jaringan dengan “deep state.” (Sila rujuk tulisan saya tentang “deep state” dan “sharp power.”

Sekarang saya sedang meneliti pula pilihanraya Amerika dan imej Donald Trump dalam media. Saya adalah graduan information, communication and behavioral science semasa semasa belajar di sana 1981 hingga 1985.

Saya beranggapan bahawa kandungan media massa mereka tentu lebih benar dan tepat kerana pelaporan pengamal media yang lebih profesional di mana wujud perbezaan antara news reports, news analysis and perspectives.

Tetapi tanggapan saya meleset. Rupa-rupanya hasil penelitian saya sejak 10 tahun kebelakangan ini dengan wujudnya dunia internet atau dunia alam maya maka cara hidup berpolitik sudah berubah.

Puncanya media elektronik dan cetak menghadapi kemelut kewangan kerana kurangnya pendapatan daripada subscription dan iklan. Masyarakat lebih suka melayari berita internet dan media sosial. Malah sesiapa sahaja boleh menjadi penerbit dan penyalur maklumat dan membuat laporan tersendiri dengan wujudnya internet.


New World Information Order

Maka berlaku “the new norm and new world order” kepada semua masyarakat dunia. Ethics, standard (best practices), rules and regulations dalam amalan penyampaian maklumat menggunakan media diketepikan sama sekali. 

Jadi apakah maksud “the new norm and new world information order”?

Maksudnya sesiapa sahaja yang pandai merekacipta informasi yang mempersonakan dan mendapat followings atau audien tertinggi maka mereka itu boleh mengaut keuntungan sebagai pengamal media iaitu sebagai pengeluar dan penyalur kandungan.

Ya sesiapa sahaja walaupun orang itu tidak pernah mengikuti kursus komunikasi dan mempelajari etika berkomunikasi. Maka “news reports” menjadi bahan cerekarita (gabungan cerekarama dan berita). Verifikasi maklumat atau proses “verification of information” tidak dihayati langsung sedangkan itu adalah kewajiban insan seperti termaktub dalam Alquran. Malah pengamal media muncul macam cendawan di serata pelusuk dunia. Malah mereka mudah menjadi penglipur upahan murahan.

Jadi ada satu lagi fenomena buruk dalam kehidupan berinteraksi melalui media iaitu munculnya gerombolan sogokan pembiaya kandungan media untuk mewujudkan propaganda dan “public opinion shaping.” Mereka adalah perakus kuasa dan kekayaan dunia.

Maka kita lihat apa terjadi kepada Donald Trump dalam era “the new norm and new world information order” ini. Beliau kini diserang perakus kuasa dan kekayaan dunia.yang berfungsi sebagai “deep state.” 

Serangan Karektor

Trump diberikan jolokan imej gila, rasis, bodoh, kaki perempuan, korup, pembunuh rakyat melalui dasar kempen menghadapi wabak covid19, gila kuasa dan sebagainya. Serangan dibuat bertubi-tubi oleh musuh dan deep state.

Jadi fenomena “the new norm and new information world order” dalam kehidupan hari ini mewujudkan keadaan di mana persaingan idea dan watak kepimpinan antara individu dan parti telah bertukar menjadi peperangan pembunuhan karektor dan parti melalui serangan propaganda “public opinion shaping.” Malah dalam serangan ini ia melibatkan perakus kuasa dan kekayaan di kalangan individu yang bersembunyi dalam deep state. Individu ini membuat percaturan pengaruh dan kawalan melalui rantaian proksi dalam pelbagai institusi dan organisasi dalam kerajaan dan luar kerajaan.

Ya sekali lagi individu-individu rakus ini  memiliki dan juga beroperasi dalam institusi korporat, kewangan, NGO dan Yayasan digelar “Sharp Power” atau “Deep State.” Mereka berusaha dan berupaya meruntuhkan negara, menjatuhkan pemimpin, merosakkan dan menghuru-harakan parti politik, melumpuhkan sistem ekonomi seperti menjatuhkan bursa saham negara tersebut, menggagalkan urusan dan perjanjian perdagangan, menjatuhkan matawang, kini mencorak cara hidup dan pergerakan masyarakat dan tabiat mereka.

Serangan terhadap  Donald Trump termasuk  “impeachment” dan tuduhan “collusion.” 

Saya meneliti dan menilai sendiri siapa Donald Trump dan watak-watak lain seperti Obama, Hillary Clinton dan kini Biden malah tokoh-tokoh korprat dan kewangan dunia, pemimpin dunia dan badan-badan dunia dengan membuat penilaian dan verifikasi saya sendiri. Saya fikir ledakan perang perakus-perakus dunia akan berlaku tidak lama lagi.

Donald Trump melalui slogan “Make America Great Again” telah sedikit sebanyak berjaya dalam membangunkan sosio-ekonomi negara, meningkatkan peluang pekerjaan, menyeimbangkan perdagangan dengan negara China, meningkatkan nilai matawang dan index saham wall street sebelum muncul wabak covid19 yang menggugat usaha beliau dan survival negara USA.

Setiap orang ada cara untuk menilai siapa dia Trump dan sesiapa juga tokoh pemimpin di dunia. Begitu juga saya.

Namun rencana ini menyorot persoalan apakah nasib pemimpin sesebuah negara seperti Trump dalam “new world information order” dan wujudnya kalangan kelompok perakus “deep state”?

Pada hemat saya ada perbezaan antara masyarakat Amerika dengan masyarakat negara-negara membangun seperti Malaysia dari segi sikap dan keupayaan mereka untuk menilai dan membuat verifikasi informasi kerana mereka telah mengamalkan “free flow of information” sejak wujudnya negara itu sedangkan kita hanya mula merasainya di era internet pada sekitar tahun permulaan abad 2000.

Bagi saya gejala fake news, fitnah, cerekarita dan tuduhan tanpa pengadilan harus ditangani dan diperangi jika kita ingin mewujudkan masyarakat yang bertamadun. Hanya orang seperti saya yang memahami bahayanya gejala ini.

Adakah Trump dan Amerika Syarikat mendahului usaha ini atau mereka juga perlu melalui kejatuhan dari sebab gejala ini yang menghuru-harakan dunia.

Sama-samalah kita tunggu dan lihat... ujian Allah kepada manusia apabila berhadapan dengan sogokan informasi setiap hari yang diterima atau dicari.


Oleh AHMAD KAMIL MOHAMED

Pengkaji Sains Informasi, Komunikasi dan Gelagat Manusia

https://www.facebook.com/ahmadkamil.mohamed.1

8
0
0
0
0
You will be interested

Sistem “ballot”: Membuat perubahan dan inovasi pilihan raya

Calon DUN dalam setiap negeri akan melalui sistem Ballot dalam negeri dan Calon Parlimen akan melalui sistem Ballot untuk peluang bertanding di seluruh negera

Editor UtusanPress in Rencana 4 years ago

Antara tanah rizab Melayu, tanah Musang King: Siapa menang??

TANAH rizab Melayu yang HALAL semakin hilang dan berkurang. Manakala tanah HARAM musang king, tidak berkurang, makin bertambah dan berleluasa. Apa dah jadi?
Editor UtusanPress in Rencana 4 years ago

Perihal Melayu: Kalau ada yang bertanya, inilah jawapannya!

Bangsanya melaut ramai asalkan Islam berbudaya Melayu; Agamanya tegar Islam, tiada yang selain dan selayaknya; Negaranya Malaya, membentuk persekutuan Malaysia
Editor UtusanPress in Rencana 4 years ago

Tulisan Jawi, bendera terbalik: Satu provokasi disengajakan?

Dari bendera Malaysia yang dipasang terbalik hingga ke tulisan Jawi, sukar untuk menolak bahawa semua perbuatan tersebut adalah satu provokasi yang disengajakan
Editor UtusanPress in Rencana 4 years ago

Pribumi bangkit: Ayuh kita bina persepakatan "Melayu Raya"

Dua keputusan yang melambangkan komitmen serius untuk kekalkan persepakatan "Melayu Raya" iaitu keputusan PAS menyertai PN dan keputusan BERSATU menyertai MN
Editor UtusanPress in Rencana 4 years ago