Rencana 02 Jan, 2020

PARTI POLITIK TAK LAGI BOLEH DIBERI PERANAN UTAMA

@editor 1
Editor Satu di KitaReporters >> Boleh emel kepada [email protected] & Editor Satu di UtusanPress >> Boleh emel kepada [email protected]

Share this
SEBELUM wujudnya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) hanya terdapat UMNO dan PAS sahaja yang mendakwa sebagai parti-parti politik, yang mewakili kepentingan-kepentingan bangsa Melayu dan umat Islam. : Mohd Lutfi Abdul Khalid


Justeru itu, apa sahaja kerosakan, pembaziran, kemusnahan, salahurus, salah tadbir, gejala rasuah, ketamakan kuasa, pengkhianatan, ketaksuban, kleptokrasi, kronisme dan seumpamanya, semuanya berlaku di dalam radar besar yang membabitkan parti-parti politik di atas, sama ada secara bersama atau berasingan.

UMNO adalah pemegang saham terbesar dan utama dalam Barisan Nasional (BN) – yang turut dianggotai parti-parti bukan-Melayu terbesar lain seperti MCA, MIC dan Gerakan, manakala PAS beroperasi di luar kerajaan (dan adakalanya sebagai kerajaan negeri) sebagai pembangkang, selain dari DAP untuk waktu yang agak lama.

Sesiapa yang menjadi pemimpin, Murshid Am atau Presiden sepanjang sejarah wujudnya UMNO dan PAS, adalah bertanggungjawab terhadap pendirian parti, tingkah laku para pemimpin dan dasar-dasar yang dirumuskan atau diterimapakai oleh parti masing-masing.

Dasar-dasar parti UMNO terlalu banyak tetapi, yang paling ketara ialah ketundukan kepada kehendak-kehendak dan tekanan rakan-rakan komponen BN khususnya MCA.

Manakala PAS pula terpalit dengan dua dosa politik yang sukar dilupakan oleh umat Islam – pertama membuka pintu keahlian kepada Syi’ah, dan kedua – menjalinkan kerjasama politik dengan DAP.

Sesiapapun yang memimpin kedua-dua parti itu tidak dapat mengelak atau memberi alasan kenapa mereka telah melakukan tindakan-tindakan berkenaan.

Semua dosa politik yang dilakukan oleh UMNO dan PAS telah membawa malapetaka besar kepada bangsa Melayu dan umat Islam.

Satu ciri kebersamaan yang pernah dikongsi oleh kedua-dua parti politik Melayu dan Islam ini ialah terlalu mengambil hati parti-parti politik bukan-Melayu dan bukan-Islam.

Sedangkan semua orang tahu bahawa DAP, MCA dan Gerakan adalah parti-parti rasis dan cauvinis yang tidak pernah merasa kerdil atau apologetik dengan rasisme dan cauvinisme mereka, di hadapan parti-parti UMNO dan PAS mahupun di depan khalayak ramai.

Perbezaan-perbezaan dalam kalangan ketiga-tiga parti rasis cauvinis ini adalah terlalu remeh dan bersifat teknikal apabila dinisbahkan kepada lebih banyak persamaan yang mencirikan ketiga-tiganya.

Dari sudut yang lain, slogan-slogan yang dilaungkan oleh UMNO dan PAS hanya bersifat retorik dan halwa telinga sahaja.

Keprihatinan dan sikap mengambil berat para pemimpin kedua-dua parti itu terhadap rakyat dan para pengundi lebih ketara menjelang sesuatu pilihan raya sahaja.

Acap kali, maslahat umat dan bangsa telah dikorbankan begitu sahaja tanpa rasa sedih, kesal atau bersalah.

Acap kali juga, kepentingan-kepentingan umat dan bangsa akan dikhianati mereka yang begitu beriya-iya menagih simpati dan mandat supaya dilantik sebagai Ahli-Ahli Parlimen atau wakil-wakil rakyat.

Maka, apakah menghairankan lagi sekiranya pihak lain (contoh bangsa Cina) berjaya meratah dan mengaut sebesar-besar kepentingan serta mengeksploitasi setiap peluang dan kesempatan di tengah-tengah kemabukan dan kerakusan para pemimpin Melayu Islam terhadap kuasa dan kedudukan?

Setelah ditumbangkan dalam PRU14, baru UMNO ingin berubah, kembali bertaubat, sedar dan insaf?

Siapakah yang dengan senang hati menghadiahkan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang kepada parti Gerakan satu masa dahulu kalau bukan UMNO?

Setelah jawatankuasa kepimpinan parti dirasuki dan dikuasai tokoh-tokoh parasit, baru PAS ingin membersihkan saf dari Syiah dan puak-puak liberal?

Setelah DAP mula memposisikan diri di puncak-puncak kuasa kerajaan PH, baru UMNO dan PAS teringat akan anjuran supaya kembali bersatu hati, berukhuwwah dan menjulang panji-panji kesatuan dan kedaulatan ummah?

Selama puluhan tahun, apakah yang telah dilakukan oleh UMNO dan PAS kecuali bergaduh dan berbalah sesama mereka?

Di saat anda berdua saling berkelahi dan menghunuskan senjata ke arah satu sama lain, parti-parti bukan-Melayu/bukan-Islam dan bangsa-bangsa lain yang berkepentingan sedang bertemasya ria mengambil setiap ruang, peluang dan kesempatan, memasang strategi dan membuat perancangan jangkamasa panjang untuk mengukuhkan kedudukan dan memastikan survival masing-masing.

Tidak usahlah berlakon atau berdrama di hadapan bangsa melayu dan umat Islam hari ini.

Prestasi anda berdua sangat mengecewakan dan tidak layak mendabik dada mewakili umat dan bangsa!

Kepada PKR, PAN dan Bersatu, janganlah anda semua tersenyum puas dan terasa diri sebagai penyelamat keadaan. 

Anda semua juga turut bersubahat dan merupakan sebahagian daripada masalah yang sama!

Prestasi anda semua juga bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan. Malahan, dominasi dan hegemoni parti-parti politik yang mewakili kepentingan bangsa Cina semakin diperkukuhkan sejak anda semua mengambil alih kepimpinan negara.

Dalam analisis terakhir, umat dan bangsa tidak boleh mengharapkan kepada parti-parti politik semata-mata untuk penyelesaian jangka masa panjang dan berkesan.

Umat dan bangsa perlu melakar dan mencorakkan sendiri masa hadapan mereka.

Apabila agenda umat dan bangsa telah ditetapkan, strategi untuk mencapainya dirumuskan dan pelan tindakan telah siap disusun atur, barulah boleh dijemput parti-parti politik untuk memberi pandangan mereka. Mereka tidak boleh diberi peranan utama.

Umat dan bangsa sendiri yang akan menentukan peranan parti-parti politik!

Mohd Lutfi Abdul Khalid


Dipetik dari https://www.ismaweb.net/2020/01/01/tahun-2020-tiada-istimewa-dalam-landskap-politik1/

0
0
1
0
0
You will be interested

Sistem “ballot”: Membuat perubahan dan inovasi pilihan raya

Calon DUN dalam setiap negeri akan melalui sistem Ballot dalam negeri dan Calon Parlimen akan melalui sistem Ballot untuk peluang bertanding di seluruh negera

Editor UtusanPress in Rencana 4 years ago

Antara tanah rizab Melayu, tanah Musang King: Siapa menang??

TANAH rizab Melayu yang HALAL semakin hilang dan berkurang. Manakala tanah HARAM musang king, tidak berkurang, makin bertambah dan berleluasa. Apa dah jadi?
Editor UtusanPress in Rencana 4 years ago

Perihal Melayu: Kalau ada yang bertanya, inilah jawapannya!

Bangsanya melaut ramai asalkan Islam berbudaya Melayu; Agamanya tegar Islam, tiada yang selain dan selayaknya; Negaranya Malaya, membentuk persekutuan Malaysia
Editor UtusanPress in Rencana 4 years ago

Tulisan Jawi, bendera terbalik: Satu provokasi disengajakan?

Dari bendera Malaysia yang dipasang terbalik hingga ke tulisan Jawi, sukar untuk menolak bahawa semua perbuatan tersebut adalah satu provokasi yang disengajakan
Editor UtusanPress in Rencana 4 years ago

Pribumi bangkit: Ayuh kita bina persepakatan "Melayu Raya"

Dua keputusan yang melambangkan komitmen serius untuk kekalkan persepakatan "Melayu Raya" iaitu keputusan PAS menyertai PN dan keputusan BERSATU menyertai MN
Editor UtusanPress in Rencana 4 years ago