Rencana 09 Aug, 2020

Parti baharu: Ambil iktibar daripada penubuhan Parti Negara

Share this
DULU cakap sebab terlalu banyak parti terutama parti-parti kecil, sebab semua nak jadi presiden parti maka parti-parti kecil tidak mampu memberi impak kepada kestabilan politik negara.  Kini disebabkan dah kena tendang dari parti yang diasaskan sendiri, maka mahu tubuh parti kecil juga, sebab akulah presiden parti. : OLEH MEGAT HISEMUDIN MEGAT KASIM


DULU cakap sebab terlalu banyak parti terutama parti-parti kecil, sebab semua nak jadi presiden parti maka parti-parti kecil tidak mampu memberi impak kepada kestabilan politik negara. 

Kini disebabkan dah kena tendang dari parti yg diasaskan sendiri, maka mahu tubuh parti kecil juga,  sebab akulah presiden parti. 

Imbau kembali Datok Onn Jaafar tubuhkan UMNO untuk melawan Malayan Union. Natijahnya tepat untuk bangsa Melayu ketika itu bagi mencapai kemerdekaan Tanah Melayu. 

Setelah Datok Onn merubah prinsip yang UMNO harus membuka pintu kepada bukan Melayu lalu cadangan itu ditolak oleh orang Melayu. 

Akhirnya Datok Onn keluar UMNO lalu menubuhkan Parti Negara dengan gagasan yang besar tetapi sasaran yang sempit. Dalam erti kata bukan aliran perdana di mana yang menyokong gagasan Datok Onn tidak terlalu ramai. 

Dalam pilihan raya pertama Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955, Parti Negara tidak mendapat sebarang kerusi lalu terkubur.

 


Lagi rencana tulis Megat Hisemudin Megat Kasim:

https://www.utusan.press/search?search=megat+hisemudin


Apa persamaan antara Datok Onn Jaafar dengan Tun Mahathir masa kini. 

Kedua-duanya dijulang kerana berjaya menyatukan bangsa Melayu, cuma Datok Onn tidak merasai atau mengecapi erti perjuangan yang dirintis dari segi material. 

Kedua-duanya kecewa pada akhirnya. Datok Onn Jaafar kecewa pada permulaan perjuangan yang diteruskan oleh Tunku Abdul Rahman Putra. 

Tun Mahathir kecewa dalam UMNO lalu menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Setelah ideanya tidak menepati sasaran dalaman parti maka beliau keluar parti atau dikenakan perintah pembatalan keahlian. 

Dijangka Tun Mahathir akan melancarkan parti baru yang tentunya disokong oleh Bersatu Blackout yang merupakan serpihan Bersatu pimpinan TS Muhyiddin Yassin. 

Datok Onn Jaafar menubuhkan Parti Negara sebagai sebuah parti berbilang bangsa. Pada ketika itu idea ini memang belum matang dan tidak sesuai dengan corak politik ketika itu lalu akhirnya terkubur. 

Parti berbilang bangsa kemudiannya diteruskan oleh GERAKAN yang mana antara peneraju awalnya ialah Dr.  Syed Hussein Al Attas, Dr. Lim Chong Eu dan Dr. Tan Chee Koon. 

Dr. Tan Chee Kon kemudian keluar GERAKAN lalu menubuhkan PEKEMAS dan pernah menjadi ahli politik yg menguasai kawasan Jinjang dan Kepong suatu ketika dulu. 

Walaupun GERAKAN masih wujud tetapi parti yg berasaskan berbilang bangsa tetapi diterajui kebanyakan kaum Cina akhirnya kalah kepada DAP. 

Walaupun DAP juga mengatakan sebagai parti berbilang bangsa tetapi natijah parti dan keanggotaannya lebih mirip kepada kaum Cina. 

PKR juga berlandaskan parti berbilang kaum tetapi masih diterajui orang Melayu. 


Maka kini apakah dasar dan falsafah parti baru yang akan dilancarkan oleh Tun Mahathir? 

Sudah tentu ia bukan parti berbilang bangsa berdasarkan prinsip perjuangan Tun Mahathir selama ini. 

Apabila Datok Onn Jaffar menyasarkan penubuhan Parti Negara utk mencapai kemerdekaan yang kemudiannya telahpun dijayakan oleh Parti Perikatan dengan gabungan UMNO,  MCA dan MIC. 

Jadi apakah natijah parti baru Tun Mahathir? 

Kita tidak nampak apa-apa natijah selain daripada ingin melihat Mukhriz dinobatkan sebagai Perdana Menteri dan dendam kesumat terhadap musuh politiknya. 

Jika dahulu ratib dengan Najib,  Najib,  Najib, maka kini ratibnya sehingga ke liang lahat ialah Muhyiddin, Muhyiddin, Muhyiddin. 

Apa sumbangan parti baru yg diilhamkan oleh Tun Mahathir terhadap negara? 

Pada hemat saya,  ia hanya sebagai menebus rasa malu, mahu tunjukkan bahawa pada usia senja masih boleh nak tunjukkan kuku yang mungkin tidak mampu untuk mencakar lagi. 

Jika tertubuhnya parti baru itu nanti, nasibnya adalah sama dengan Parti Negara dan parti-parti yang sudah tidak sealiran dengan kehendak zaman. - KitaReporters


MEGAT HISEMUDIN MEGAT KASIM

Pemain media sosial

https://www.facebook.com/hisemudin 

0
0
1
1
0
You will be interested

Sistem “ballot”: Membuat perubahan dan inovasi pilihan raya

Calon DUN dalam setiap negeri akan melalui sistem Ballot dalam negeri dan Calon Parlimen akan melalui sistem Ballot untuk peluang bertanding di seluruh negera

Editor UtusanPress in Rencana 4 years ago

Antara tanah rizab Melayu, tanah Musang King: Siapa menang??

TANAH rizab Melayu yang HALAL semakin hilang dan berkurang. Manakala tanah HARAM musang king, tidak berkurang, makin bertambah dan berleluasa. Apa dah jadi?
Editor UtusanPress in Rencana 4 years ago

Perihal Melayu: Kalau ada yang bertanya, inilah jawapannya!

Bangsanya melaut ramai asalkan Islam berbudaya Melayu; Agamanya tegar Islam, tiada yang selain dan selayaknya; Negaranya Malaya, membentuk persekutuan Malaysia
Editor UtusanPress in Rencana 4 years ago

Tulisan Jawi, bendera terbalik: Satu provokasi disengajakan?

Dari bendera Malaysia yang dipasang terbalik hingga ke tulisan Jawi, sukar untuk menolak bahawa semua perbuatan tersebut adalah satu provokasi yang disengajakan
Editor UtusanPress in Rencana 4 years ago

Pribumi bangkit: Ayuh kita bina persepakatan "Melayu Raya"

Dua keputusan yang melambangkan komitmen serius untuk kekalkan persepakatan "Melayu Raya" iaitu keputusan PAS menyertai PN dan keputusan BERSATU menyertai MN
Editor UtusanPress in Rencana 4 years ago