Rencana 11 Jan, 2020

TANGLUNG DIUTAMAKAN DARI TULISAN JAWI??

@editor 1
Editor Satu di KitaReporters >> Boleh emel kepada [email protected] & Editor Satu di UtusanPress >> Boleh emel kepada [email protected]

Share this

1. TUJUH Menteri Kabinet dilaporkan turun ke sebuah sekolah di Puchong untuk memberikan sokongan terhadap pemasangan tanglung setelah perhiasan Tahun Baru Cina tersebut mendapat bantahan dari netizen. : Dr Ahmad Sanusi Azmi

Foto kredit https://www.ismaweb.net/


2. Ketika netizen mempersoalkan pemasangan perhiasan berlebihan ini, tujuh orang Menteri Kabinet sanggup turun memberikan sokongan terhadap isu ini. Tanglung dikatakan membawa kepada perpaduan.

3. Apa yang menyedihkan, sokongan yang sama tidak kelihatan ketika 900 SJKC membantah pembelajaran yang melibatkan elemen jawi di sekolah. Bahkan jawi dikatakan menimbulkan unsur Islamisasi bahkan menakutkan kaum lain.

4. Pada pengamatan umum, orang Melayu sebenarnya tiada masalah pun dengan perhiasan tanglung ini. Namun apabila jawi dibantah secara besar-besar oleh DAP, MCA mahupun Gerakan, isu ini semakin menimbulkan kegelisahan.

5. Perhatikan betapa konsistennya DAP dan MCA membantah isu Zakir Naik, sehingga NC UNIMAP digesa untuk dipecat. Dalam isu ini, pemimpin Muslim seakan terkulai layu. Sokongan yang ditampilkan tidak seperti menjulang pemasangan tanglung ini.

6. Perhatikan isu kematian Adib. Sokongan Rahmatan menjulang tangan erat padu bersama pemimpin kuil. Nyawa seorang Muslim yang terkorban itu sehingga kini menjadi persoalan buat keluarga yang menuntut keadilan.

7. Adakah ini konsep Rahmatan yang ingin dibawa? Menawarkan kelunakan yang tinggi dalam isu orang lain, namun dalam isu yang memburukkan Islam, kita seakan layu, diam seribu.

Semoga Allah membantu kita mempertahankan hak Islam dan Muslim.

Dr Ahmad Sanusi Azmi

Ahli Majlis Ulama Isma


Rencana ini dipetik dari https://www.ismaweb.net/2020/01/09/tanglung-lebih-utama-dari-jawi1/

1
0
0
0
0
You will be interested

Sistem “ballot”: Membuat perubahan dan inovasi pilihan raya

Calon DUN dalam setiap negeri akan melalui sistem Ballot dalam negeri dan Calon Parlimen akan melalui sistem Ballot untuk peluang bertanding di seluruh negera

Editor UtusanPress in Rencana 4 years ago

Antara tanah rizab Melayu, tanah Musang King: Siapa menang??

TANAH rizab Melayu yang HALAL semakin hilang dan berkurang. Manakala tanah HARAM musang king, tidak berkurang, makin bertambah dan berleluasa. Apa dah jadi?
Editor UtusanPress in Rencana 4 years ago

Perihal Melayu: Kalau ada yang bertanya, inilah jawapannya!

Bangsanya melaut ramai asalkan Islam berbudaya Melayu; Agamanya tegar Islam, tiada yang selain dan selayaknya; Negaranya Malaya, membentuk persekutuan Malaysia
Editor UtusanPress in Rencana 4 years ago

Tulisan Jawi, bendera terbalik: Satu provokasi disengajakan?

Dari bendera Malaysia yang dipasang terbalik hingga ke tulisan Jawi, sukar untuk menolak bahawa semua perbuatan tersebut adalah satu provokasi yang disengajakan
Editor UtusanPress in Rencana 4 years ago

Pribumi bangkit: Ayuh kita bina persepakatan "Melayu Raya"

Dua keputusan yang melambangkan komitmen serius untuk kekalkan persepakatan "Melayu Raya" iaitu keputusan PAS menyertai PN dan keputusan BERSATU menyertai MN
Editor UtusanPress in Rencana 4 years ago