Rencana 07 Jan, 2020

PARTI MELAYU, ISLAM MENGECEWAKAN BANGSA

@editor 1
Editor Satu di KitaReporters >> Boleh emel kepada [email protected] & Editor Satu di UtusanPress >> Boleh emel kepada [email protected]

Share this
MENGENALI UMNO, parti ini masih terbelenggu dalam fantasi hidup “Melayu Bermaruah” yang sudah kesesakan nafas dan tercungap-cungap untuk kembali berdaulat. Ketat sangat ikatan parti ini dengan MCA. Manakala PAS pula masih bernostalgia dengan aspirasi sebuah “Pemerintahan Islam” tapi masih tergamak bercengkarama dengan parti DAP. : Mohd Luttfi Abdul Khalid


Kedua-dua parti ini tidak pernah belajar dari sejarah umat Islam, meskipun nama mereka sentiasa meniti pada bibir umat.

Perjuangan kedua-duanya hanya terbatas pada sifir pilihan raya - dekad demi dekad - tanpa pernah terfikir: Apa agenda umat dan bangsa selepas politik kepartian?

Nak berharap kepada PKR dan PAN - yang tidak boleh lekang dari maslahat peribadi dan ketiak jijik DAP?

Semua parti ini telah hilang keabsahan mereka sebagai wakil umat dan bangsa!

Untuk melakarkan masa depan baru, umat dan bangsa perlu kepada satu kesedaran dan kebangkitan baru untuk membangunkan semula satu peradaban Tauhid, yang tidak akan mengulang kembali siri-siri kesalahan dan kesilapan UMNO dan PAS serta menolak pendirian yang terlalu memanjakan kepentingan bukan-Melayu/Islam bertopengkan gagasan ‘Rahmat Untuk Sekalian Alam’.

Penyelesaian secara politik kepartian masa kini sudah nazak.

MOHD LUTTFI ABDUL KHALID 

Pengerusi i-Peguam


Rencana ini disiarkan dalam Facebook https://www.facebook.com/mohd.luttfi

0
0
0
0
0
You will be interested

Sistem “ballot”: Membuat perubahan dan inovasi pilihan raya

Calon DUN dalam setiap negeri akan melalui sistem Ballot dalam negeri dan Calon Parlimen akan melalui sistem Ballot untuk peluang bertanding di seluruh negera

Editor UtusanPress in Rencana 4 years ago

Antara tanah rizab Melayu, tanah Musang King: Siapa menang??

TANAH rizab Melayu yang HALAL semakin hilang dan berkurang. Manakala tanah HARAM musang king, tidak berkurang, makin bertambah dan berleluasa. Apa dah jadi?
Editor UtusanPress in Rencana 4 years ago

Perihal Melayu: Kalau ada yang bertanya, inilah jawapannya!

Bangsanya melaut ramai asalkan Islam berbudaya Melayu; Agamanya tegar Islam, tiada yang selain dan selayaknya; Negaranya Malaya, membentuk persekutuan Malaysia
Editor UtusanPress in Rencana 4 years ago

Tulisan Jawi, bendera terbalik: Satu provokasi disengajakan?

Dari bendera Malaysia yang dipasang terbalik hingga ke tulisan Jawi, sukar untuk menolak bahawa semua perbuatan tersebut adalah satu provokasi yang disengajakan
Editor UtusanPress in Rencana 4 years ago

Pribumi bangkit: Ayuh kita bina persepakatan "Melayu Raya"

Dua keputusan yang melambangkan komitmen serius untuk kekalkan persepakatan "Melayu Raya" iaitu keputusan PAS menyertai PN dan keputusan BERSATU menyertai MN
Editor UtusanPress in Rencana 4 years ago