SEJAK kebelakangan ini terdengar suara akar umbi yang mempersoalkan kerjasama politik antara UMNO dan PAS di Terengganu dalam gagasan Muafakat Nasional (MN) yang dilihat oleh rakyat negeri ini tidak mencerminkan pemuafakatan sebenar. Rakyat khususnya ahli UMNO melihat gabungan itu masih samar-samar dan tidak wujud sebagaimana berlaku pada peringkat pusat apabila pemimpin utama kedua-dua belah pihak saling bertemu dan bermesyuarat bagi membincangkan hala tuju MN. : OLEH MOHAMMAD ISHAK
Wisma Darul Iman Pusat Pentadbiran Kerajaan Terengganu
SEJAK kebelakangan ini terdengar suara akar umbi yang mempersoalkan kerjasama politik antara UMNO dan PAS di Terengganu dalam gagasan Muafakat Nasional (MN) yang dilihat oleh rakyat negeri ini tidak mencerminkan pemuafakatan sebenar.
Rakyat khususnya ahli UMNO melihat gabungan itu masih samar-samar dan tidak wujud sebagaimana berlaku pada peringkat pusat apabila pemimpin utama kedua belah pihak saling bertemu dan bermesyuarat bagi membincangkan hala tuju MN.
Perkara itu tidak berlaku di negeri ini menyebabkan rakyat tertanya-tanya apakah benar MN betul-betul wujud di Terengganu atau hanya pada nama sahaja??
Kegelisahan rakyat semakin bercelaru apabila parti BERSATU pula akan menjadi ahli keluarga baharu MN, sedangkan rakan lama yang sedia ada tidak menampakkan persahabatan begitu kukuh dan mesra rakyat.
Keadaan bertambah tegang apabila kedua-dua pimpinan utama PAS dan UMNO negeri sebelum ini pernah membangkitkan pengagihan kerusi Parlimen dan DUN yang tidak serata untuk menghadapi PRU15.
Menurut pemimpin UMNO, selepas setahun MN ditubuhkan pada peringkat Pusat dan Negeri, tidak ada kerjasama politik antara kedua-dua parti itu untuk turun padang berkongsi pentas menerangkan konsep kerjasama MN bagi memberi kefahaman kepada rakyat.
Ketua UMNO Bahagian Besut, Nawi Mohanmad
Ketua UMNO Bahagian Besut, Nawi Mohanmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, mahu pemimpin utama negeri dalam kalangan UMNO dan PAS turun menemui akar umbi untuk menyampaikan taklimat mengenai gabungan MN.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (PAS) dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said boleh melakukan perkara itu bagi kebaikan bersama.
Kataya, kedua-dua Ahmad yang memimpin parti utama negeri ini perlu mencari jalan untuk mendekati ahli parti dalam satu pentas bagi menerangkan pelbagai isu berbangkit.
Sebelum ini Ahmad Said mengakui tidak berlaku kerjasama antara kepimpinan Pas dan UMNO dalam Muafakat Nasional (MN) di Terengganu.
Katanya, semangat kerjasama pada peringkat negeri tidak wujud bukan seperti yang berlaku pada peringkat nasional
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu Datuk Seri Ahmad Said
Beliau berkata, persoalan sekarang mereka (PAS) masih mengamalkan sikap yang lama. Mereka kata mahu menjalin muafakat tetapi apa yang berlaku sebaliknya. Misalnya berlaku tidak adil dalam agihan wang bantuan RM10 juta dari kerajaan Pusat bagi menangani wabak koronavirus (Covid-19) di setiap negeri.
"Di Terengganu, ia tidak diberikan secara
sama rata kepada wakil rakyat UMNO. Wakil rakyat PAS menerima RM350,000, sebaliknya wakil rakyat UMNO mendapat sebanyak RM45,000. Itu pun selepas saya
‘bising’ mengenai hal itu," katanya.
Menurutnya, beliau mempertikaikan peruntukan itu
kerana disalurkan oleh kerajaan Pusat dan perlu diagihkan sama rata seperti
yang dilakukan di Pahang dan Perlis.
Dalam pada itu, Ahmad turut membangkitkan beberapa
isu lain yang dilihat padanya tidak menggambarkan kewujudan semangat kerjasama
antara PAS dan UMNO di Terengganu.
Katanya, jalinan kerjasama erat tidak berlaku di Terengganu walaupun tiga pertemuan sejak pembentukan MN pada 14 September 2020 lalu. “Apa yang berlaku ini saya turut maklumkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malah kepimpinan beliau pada peringkat nasional sudah maklum mengenai situasi yang berlaku di Terengganu,” katanya.
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Dalam hal berkaitan, Dr Ahmad Samsuri berkata, penyatuan Muafakat Nasional (MN) di Terengganu dapat terbentuk sekiranya ia dimulakan pada peringkat akar umbi antara UMNO dan Pas.
Katanya, "langkah pertama yang akan dilakukan oleh kerajaan negeri ialah bermula Januari
2021 kita akan tambah komposisi dalam Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan
Kampung (JPKK)."
“Dengan perubahan itu, komposisi sedia ada akan ditambah ahlinya terdiri daripada parti UMNO dan Bersatu yang menjadi sebahagian kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada peringkat pusat,” katanya. - KitaReporters