Rencana 27 Aug, 2020

Perihal Melayu: Kalau ada yang bertanya, inilah jawapannya!

Share this
PERIHAL MELAYU Oleh IR DR ZAINI UJANG (Kumpulan Puisi Datuk Seri Zaini Ujang, KALAU ADA YANG BERTANYA, terbitan ITBM Oktober, 2019)


PASAL I

Bangsanya melaut ramai asalkan Islam dan berbudaya Melayu
Bahasanya indah bersulam Arab, Inggeris dan pelbagai suku kaum
Agamanya tegar Islam, tiada yang selain dan selayaknya
Negaranya Malaya, membentuk persekutuan Malaysia
Buminya Tanah Melayu, menjadi sebutan Semenanjung Malaysia
Ketuanya Raja dan Sultan, disusuli memanda menteri dan barisan orang kenamaan
Patuhnya bersyarat: Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah
Cintanya pada tanahair, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Wanitanya ayu dan lelakinya kacak, berkulit sawo matang, putihnya kuning langsat, hitamnya manis
Sifatnya beradab, patuh, taat, pemurah, pemaaf tetapi pelupa; di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Sayangnya beragam, sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan
Pengajiannya berpada dan bertertib, kalau salah tolong tunjukkan
Semangatnya membara, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
PASAL ll
Dilemanya untuk lebih berdaya saing di bumi sendiri
Masalahnya tidak setegar kaum lain untuk bersaing meraih kejayaan duniawi
Lenanya pada kemewahan yang sedikit, mudah lupa daratan
Lalainya pada kejayaan mudah, ali baba dan kekayaan segera, tak kaya oleh emas pembawa, tak gadis oleh kain berselang
Lekanya memilih pemimpin, harapkan pegar, pegar makan padi
Azamnya cepat dingin, rezeki secupak tak kan jadi segantang
Bodohnya suka bergaduh, bertikam lidah, menang sorak kampung tergadai
Heronya si Tuah yang setia, atau si Jebat yang derhaka
PASAL lll
Majunya pada pendidikan, dari buian hingga ke liang lahat; belum tumbuh gigi sudah pandai baca kitab
Martabatnya pada kebaktian, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
Mulianya pada perpaduan, ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
Santunnya penuh beradat, adat bersendi syarak, syarak bersendi hukum
Gagahnya kerana kesepakatan, bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat
PASAL IV
Majulah, yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.
Belajarlah, belakang parang kalau diasah lagikan tajam.
Berusahalah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan!

DATUK SERI IR DR ZAINI UJANG

Pemikir ilmu, pejuang alam sekitar dan penggiat seni

https://www.facebook.com/zaini.ujang.18

3
0
0
0
0
You will be interested

PRU15: Rahim Tamby Chik intai kerusi Parlimen Hang Tuah Jaya

Dr A Rahim Tamby Chik memberi bayangan sedia bertanding di kerusi Parlimen Hang Tuah Jaya pada PRU15 akan datang, yang boleh memberi kesan positif kepada Melaka

Editor UtusanPress in Rencana 4 years ago

Antara tanah rizab Melayu, tanah Musang King: Siapa menang??

TANAH rizab Melayu yang HALAL semakin hilang dan berkurang. Manakala tanah HARAM musang king, tidak berkurang, makin bertambah dan berleluasa. Apa dah jadi?
Editor UtusanPress in Rencana 4 years ago

Tulisan Jawi, bendera terbalik: Satu provokasi disengajakan?

Dari bendera Malaysia yang dipasang terbalik hingga ke tulisan Jawi, sukar untuk menolak bahawa semua perbuatan tersebut adalah satu provokasi yang disengajakan
Editor UtusanPress in Rencana 4 years ago

Pribumi bangkit: Ayuh kita bina persepakatan "Melayu Raya"

Dua keputusan yang melambangkan komitmen serius untuk kekalkan persepakatan "Melayu Raya" iaitu keputusan PAS menyertai PN dan keputusan BERSATU menyertai MN
Editor UtusanPress in Rencana 4 years ago

Hormati autonomi UMNO Sabah, pilih pemimpin bersih - Rahman

Autonomi UMNO Sabah bermaksud keputusan berkaitan dengan hal ehwal UMNO Sabah kena dibincang dan diputuskan pada peringkat kepimpinan UMNO Sabah terlebih dahulu
Editor UtusanPress in Rencana 4 years ago