Rencana 13 Aug, 2020

PRU15: Rahim Tamby Chik intai kerusi Parlimen Hang Tuah Jaya

Share this
BEKAS Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Dr A Rahim Tamby Chik (RTC) memberi bayangan sedia bertanding di kerusi Parlimen Hang Tuah Jaya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang. Selain pengalaman politik, beliau yang juga ahli perniagaan berjaya, yakin kemampuan dimiliki mampu menjadi kombinasi menarik yang boleh memberi kesan positif kepada negeri Melaka menerusi legasi kepimpinan beliau bersama Bersatu. : OLEH NOR AFLIZA ARSHAD 


BEKAS Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Dr A Rahim Tamby Chik memberi bayangan sedia bertanding di kerusi Parlimen Hang Tuah Jaya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang. 

Menurut Rahim, selain pengalaman politik beliau yang juga ahli perniagaan berjaya yakin kemampuan dimiliki mampu menjadi kombinasi menarik yang boleh memberi kesan positif kepada negeri Melaka menerusi legasi kepimpinan beliau bersama Bersatu.

Katanya, meskipun belum mengesahkan desas desus hal tersebut namun perbincangan ke arah itu memang ada dan sedang mempersiapkan diri sebagai calon pada edisi PRU ke-15 nanti. 

"Sebenarnya saya didatangi sekumpulan aktivis berpengaruh dari Hang Tuah Jaya yang menjemput saya untuk bertanding di situ.

"Sebagai orang lama saya rasa itu satu pelawaan yang positif dan ini adalah masa yang sesuai untuk saya melunaskan  hasrat para pengundi di situ.

"Lagipun dalam situasi politik sekarang, perlu ada formula yang dirundingkan dalam soal pembahagian kerusi dan parti bertanding bagi membolehkan masyarakat di Hang Tuah Jaya menerima kepimpinan yang efektif dan berkesan demi kesejahteran serta kebajikan mereka," katanya.

Tambah Rahim lagi, memandangkan kerusi Parlimen Hang Tuah Jaya pernah ditandingi wakil UMNO namun berakhir dengan kekalahan sejak 2 PRU lalu, justeru Perikatan Nasional (PN) perlu mencari formula pembahagian kerusi yang adil dan saksama bagi memastikan kemenangan gabungan itu pada PRU akan datang.

Rahim yang juga Pengerusi Yayasan Penggerak Wawasan (YPW) berkata, kesepakatan mengenai pembahagian kerusi adalah asas kukuh yang akan menentukan masa hadapan PN.

"Sekarang merupakan masa sesuai untuk membentuk formula pembahagian kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang lebih wajar membabitkan semua komponen PN.

"Sebagai satu daripada pemain utama dalam pasukan PN, Bersatu sewajarnya diperuntukkan sejumlah kerusi yang setaraf dengan posisinya sebagai parti yang mengasaskan dan menerajui kerajaan PN yang ada sekarang dan juga pada masa akan datang (salepas PRU15).

"Ia asas kejujuran terutama bagi UMNO dan Pas dalam membuat konsesi pembahagian kerusi Parlimen dan DUN pada PRU15 akan datang," katanya positif.


Menurut Rahim lagi, walaupun UMNO memiliki lebih kerusi dlm PRU lalu tetapi persepsi negatif rakyat terhadap parti tersebut tidak dapat diramalkan atau diketahui sepenuhnya termasuklah potensi cabaran yang akan dihadapi dari parti-parti pembangkang yang mungkin akan menggunakan pelbagai taktik kotor lagi devastatif.

"Begitu juga dengan Bersatu. Bersatu mesti bersedia untuk ke depan bagi mengisi kekosongan ini kerana ada desakan daripada masyarakat yang mahukan satu 'pasukan Melayu' yang jujur, berprinsip, berintergriti dan amanah untuk mengetuai mereka sebagai pemimpin.

"Saya yakin Bersatu adalah satu kesinambungan kepada wadah perjuangan Melayu yang diterajui UMNO sebelum UMNO ditolak pada Pilihan Raya Umum (14). 

"Dan reaksi atau kesan daripada penolakan UMNO itulah, maka Bersatu perlu meneruskan perjuangan yang diperlukan oleh orang Melayu dan saya mengikuti aliran ini serta menghayatinya demi meneruskan perjuangan yang sama dan serupa," tokok beliau lagi.

Dalam pada itu kata Rahim lagi, jumlah kerusi yang dimiliki parti komponen PN ketika ini tidak relevan dan tidak boleh dijadikan asas bagi pengagihan kerusi pada PRU15 nanti.

"Ini disebabkan senario yang berlaku sebelum dan selepas PRU14 amat berbeza. Risiko politik yang wujud amat sukar diramal malah belum tentu positif seperti yang dicanangkan selama ini.

"Namun dari segi kompromi kolektif, komposisi sebenar pembahagian kerusi dalam PRU-15 masih belum dirundingkan secara serius dan hendaklah diisikan secara bijak, wajar dan waras," ujarnya.


NOR AFLIZA ARSHAD

Wartawan dan pemerhati politik

https://www.facebook.com/aflieza.arshad


3
0
0
5
0
You will be interested

Sistem “ballot”: Membuat perubahan dan inovasi pilihan raya

Calon DUN dalam setiap negeri akan melalui sistem Ballot dalam negeri dan Calon Parlimen akan melalui sistem Ballot untuk peluang bertanding di seluruh negera

Editor UtusanPress in Rencana 4 years ago

Antara tanah rizab Melayu, tanah Musang King: Siapa menang??

TANAH rizab Melayu yang HALAL semakin hilang dan berkurang. Manakala tanah HARAM musang king, tidak berkurang, makin bertambah dan berleluasa. Apa dah jadi?
Editor UtusanPress in Rencana 4 years ago

Perihal Melayu: Kalau ada yang bertanya, inilah jawapannya!

Bangsanya melaut ramai asalkan Islam berbudaya Melayu; Agamanya tegar Islam, tiada yang selain dan selayaknya; Negaranya Malaya, membentuk persekutuan Malaysia
Editor UtusanPress in Rencana 4 years ago

Tulisan Jawi, bendera terbalik: Satu provokasi disengajakan?

Dari bendera Malaysia yang dipasang terbalik hingga ke tulisan Jawi, sukar untuk menolak bahawa semua perbuatan tersebut adalah satu provokasi yang disengajakan
Editor UtusanPress in Rencana 4 years ago

Pribumi bangkit: Ayuh kita bina persepakatan "Melayu Raya"

Dua keputusan yang melambangkan komitmen serius untuk kekalkan persepakatan "Melayu Raya" iaitu keputusan PAS menyertai PN dan keputusan BERSATU menyertai MN
Editor UtusanPress in Rencana 4 years ago