IA bukan sekadar karenah politik seperti kata-kata orang biasa dan orang kebanyakan: “Alah politik punya hal.” Tetapi ia adalah sebahagian besar daripada kancah kehidupan manusia di bumi dan di tanah air ini. Peperangan dan kemelut manusia antara golongan yang benar dan batil, antara yang baik dan buruk perangai akan terus berlaku. : OLEH AHMAD KAMIL MOHAMED
Lagi rencana-rencana tulisan Ahmad Kamil Mohamed
https://www.utusan.press/tag/Ahmad%20Kamil%20Mohamed
IA bukan sekadar karenah politik seperti kata-kata orang biasa dan orang kebanyakan: “Alah politik punya hal.”
Tetapi ia adalah sebahagian besar daripada kancah kehidupan manusia di bumi dan di tanah air ini. Peperangan dan kemelut manusia antara golongan yang benar dan batil, antara yang baik dan buruk perangai akan terus berlaku dalam perjalanan sejarah manusia di bumi. Ia adalah tanda kepada perbuatan sama ada pengabdian kepada Allah atau pengabdian kepada yang lain yang menjadi sekutu. Perkara ini berkisar tentang memilih antara maklumat yang benar dan yang palsu.
Allah telah berfirman “perangi sehingga fitnah luput di bumi...” namun siapa peduli?
Siapakah yang menjadi mangsa angkata fitnah? Fitnah membabitkan makhluk seperti para nabi, malaikat, insan malah lebah atau makhluk Allah turut juga menjadi mangsa fitnah. Malah Allah, Pencipta Sekalian Alam juga terseret dalam perbuatan rakus fitnah hasil perbuatan syaitan dan pengikutnya dalam kalangan manusia.
Apakah fitnah itu? Ia merupakan korupsi perbuatan manusia sebagai penyampai maklumat, menghasilkan dan menghebahkan kenyataan tidak benar atau menyeleweng atau palsu yang membuahkan lerbuatan dan perlakuan songsang dalam kehidupan bermasyarakat. Akibatnya berlaku konflik dalam kehidupan komuniti manusia.
Adakah pihak penguasa dan pemimpin tidak berminat untuk memeranginya? Baik pemimpin dalam UMNO, PAS dan lain-lain seakan tidak berminat memeranginya. Malah orang akademik juga nampaknya tidak berminat juga malah menjadi penyampai fitnah atau kenyataan tanpa bukti.
Sedihnya ada pejuang politik pernah nak hapuskan undang-undang “fake news.”
Antara tahun 1986 hingga 1992 ketika saya seorang pensyarah dan ketua kursus, saya pernah memerangi fitnah yang dilemparkan kepada saya. Cuma saya ingin sentuh satu pengajaran tentang kaum atau masyarakat kita dari dahulu hingga sekarang. Tidak ada seorangpun begitu lantang memerangi kepalsuan. Kebanyakkan mereka menyerahkan nasib kepada Sang Pencipta.
“Alah itupun nak kecoh,” kata-kata orang sekeliling yang terdiri daripada pengarah, dekan, pensyarah-pensyarah lain dan pelajar universiti.
Sehingga lama kelamaan ia merebak jadi wabak, dekan pun kena dituduh meraba pelajar. Sampailah kepada Allahyarham Ani Arope, Pengerusi Majlis ITM ketika itu tidak terlepas jadi mangsa. Maka semua orang yang berprinsip pernah merasai penyakit masyarakat ini.
Sepatutnya semasa dua kenyataan ini dikeluarkan melalui media satu ketika dahulu maka negara perlu menghakimi penyampai atau pengeluar kenyataan ini atas perbuatan fitnah.
- 1) “Dato’ Seri Najib curi wang 1MDB 42 bilion”
- 2) “Negara sedang menuju bankrap”
Saya hanya ambil dua kenyataan paling memudarat yang dikeluarkan oleh politikus zaman Najib. Sebagai pengkaji sewajarmya pengadilan diraja perlu dibuat dan salah satu pihak kena dihukum sama ada yang menuduh atau yang tertuduh untuk mengadili perbuatan fitnah dan salahlaku pemimpin sekali gus.
Ia harus dibuat agar kemelut politik bobrok sebegini tidak melanda negara.
Dalam kehidupan masyarakat yang bertamadun hanya fakta dan kenyataan benar perlu dikemukakan dan dinyatakan oleh pemimpin masyarakat. Jelas kita bukan tergolong dalam kalangan masyarakat bertamadun.
Jadi apakah saranan saya sebagai pengkaji untuk menghadapi kemelut ini?
Jawapan saya adalah biar Agung yang memegang jawatan eksekutif selama satu penggal untuk menegakkan proses pengadilan dalam arus kecamukan ini:
- 1) menggembalikan Rule of Law di mana bidang kehakiman diletakkan di bawah majlis raja-raja dan NGO ysng berwibawa. Siasat dan bawa ke muka pengadilan semua ahli politik tak kira parti mana yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan yang nyata dan berbukti
- 2) Perangi fitnah, pengeluar “fake news” dan gejala rasuah, penyalahgunaan kuasa, penghasut dan perosak hubungan kaum
- 3) Tubuhkan panel suruhanjaya di raja pembangunan ekonomi dan bantuan masyarakat untuk memulihkan ekonomi dan kehidupan.
Fenomena sekarang bukan “political crisis” tetapi “political chaos and malpractices” di mana perosak-perosak sistem politik, ekonomi dan sosial telah begitu lama dibiarkan bermaharalela untuk berebut kuasa tanpa etika, darjat (standard) dan pengenaan undang-undang terhadap gelagat mereka.
AHMAD KAMIL MOHAMED
Pengkaji Sains Informasi, Komunikasi dan Gelagat Manusia
https://www.facebook.com/ahmadkamil.mohamed.1