Rencana 01 Jan, 2020

SEBAGAI PENYAMBUNG SUARA KERAMAT BANGSA

@gamal nasir mohd ali
Seorang wartawan selama lebih 30 tahun selepas menyertai Utusan Melayu pada 1989. Bergelumang dalam bidang Online sejak 2000 dan kini mengendali KitaReporters dan UtusanPress. Emel: [email protected]

Share this

Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baharu 2020. Dengan ketibaan tahun 2020, dengan rasa rendah diri dan besar hati, saya memaklumkan pelancaran sebuah portal politik bernama Utusan.Press (http://utusan.press).


Ini portal kedua yang dilancarkan selepas KitaReporters.com pada pertengahan Ogos 2019.

Portal yang khusus kepada kolumnis, rencana, agama, video dan grafik berkenaan politik ini merupakan satu usaha ke arah kesinambungan perjuangan Suara Keramat Bangsa ekoran penutupan syarikat Utusan Melayu (M) Berhad pada Oktober 2019. 

Perjuangan memartabatkan agenda Alif Ba Ta ini, nampaknya telah disahut oleh beberapa portal lain.

Maka, mengapa perlu satu lagi portal yang menyahut agenda Agama, Bangsa dan Negara ini. 

Secara mudahnya, lebih banyak lebih meriah. Lagi banyak portal diwujudkan, maka segala perkara yang menyentuh kedudukan dan kepentingan Agama, Bangsa dan Tanah Air yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dapat diperjuang dan dipertahan dengan lebih kuat serta meluas.

Portal Utusan.Press, selain berhasrat menjadi Penyambung Suara Keramat Bangsa, juga berharap dapat meneruskan tradisi Penyebar Fikiran Rakyat mengenai masa depan serta hala tuju negara Malaysia dan warga Malaysia.

Maka, wadah politik ini diharapkan untuk menambah lagi wacana politik yang bersifat positif, produktif serta konstruktif sebagai sumber perbincangan dan perbahasan.Semoga Allah permudahkan serta berkati rancangan dan usaha ini.

Terima Kasih


Gamal Nasir Mohd Ali

Pengarang UtusanPress

[email protected]

[email protected]


P/S: Mereka yang mahu menyumbang kolumnis, rencana, agama, video dan grafik bolehlah emelkan sumbangan mereka kepada saya di emel seperti di atas

1
1
0
0
0
You will be interested

Sistem “ballot”: Membuat perubahan dan inovasi pilihan raya

Calon DUN dalam setiap negeri akan melalui sistem Ballot dalam negeri dan Calon Parlimen akan melalui sistem Ballot untuk peluang bertanding di seluruh negera

Editor UtusanPress in Rencana 4 years ago

Antara tanah rizab Melayu, tanah Musang King: Siapa menang??

TANAH rizab Melayu yang HALAL semakin hilang dan berkurang. Manakala tanah HARAM musang king, tidak berkurang, makin bertambah dan berleluasa. Apa dah jadi?
Editor UtusanPress in Rencana 4 years ago

Perihal Melayu: Kalau ada yang bertanya, inilah jawapannya!

Bangsanya melaut ramai asalkan Islam berbudaya Melayu; Agamanya tegar Islam, tiada yang selain dan selayaknya; Negaranya Malaya, membentuk persekutuan Malaysia
Editor UtusanPress in Rencana 4 years ago

Tulisan Jawi, bendera terbalik: Satu provokasi disengajakan?

Dari bendera Malaysia yang dipasang terbalik hingga ke tulisan Jawi, sukar untuk menolak bahawa semua perbuatan tersebut adalah satu provokasi yang disengajakan
Editor UtusanPress in Rencana 4 years ago

Pribumi bangkit: Ayuh kita bina persepakatan "Melayu Raya"

Dua keputusan yang melambangkan komitmen serius untuk kekalkan persepakatan "Melayu Raya" iaitu keputusan PAS menyertai PN dan keputusan BERSATU menyertai MN
Editor UtusanPress in Rencana 4 years ago